9 Amalan Pembuka Rezeki Dalam Menjalankan Bisnes Dan Hidup Yang Lebih Maju Dan Rezeki Yang Berkat
Percayalah kebahagian dan rezeki Allah itu tidak pernah salah alamat dan Jadikan 9 Amalan Ini Sebagai Pembuka Rezeki Dalam Menjalankan Bisnes Dan Hidup Yang Lebih Maju Dan Rezeki Yang Berkat..InshaaAllah..9 AMALAN PEMBUKA REZEKI DALAM MENJALANKAN BISNES
Kalau
kita nak Allah jaga kita..maka perluah kita jaga apa yang Allah suruh dulu
iaitu solat 5 waktu. Solat juga bukan hanya hanya sekadar cukup syarat, tetapi
hendaklah cukup semua rukunnya dan pastikan kita sedaya upaya biasakan diri
solat awal waktu.
Benar..berkata
memang mudah tapi untuk istiqamah solat awal waktu itu bukan mudah.Tetapi
niatlah sentiasa agar Allah permudahkan usaha kita solat awal waktu..Selepas
solat ambillah masa berdoa dan mintak bersungguh-sunguh pada Allah. Luahkan
segala isi hati kita pada Nya..nescaya kita akan dapat rasakan ketenangan yang
luar biasa selepas itu.
Solat
sunat Dhuha adalah solat sunat yang dilakukan pada waktu pagi..selepas terbit
matahari dengan minimum bilangan rakaatnya adalah dua dan maksimumnya adalah 12
rakaat.
Amat
digalakkan untuk menjemput rezeki dengan melaksanakan solat sunat Dhuha ini..Terdapat
pelbagai kelebihan bagi mereka yang melaksanakan solat Dhuha ini dengan penuh
khusyuk.
Antara
kelebihan solat Dhuha adalah dijauhkan dari kemiskinan..Allah pasti mencukupkan
keperluan bagi mereka yang rajin melaksanakan solat sunat Dhuha.
Rasulullah
SAW bersabda..Allah SWT berfirman: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali kamu
malas melakukan empat rakaat solat Dhuha, kerana dengan solat itu, Aku cukupkan
keperluanmu pada waktu petangnya.” (Riwayat Hakim dan Tabrani)
Selain
itu..antara kelebihan solat dhuha juga adalah mendapat balasan syurga dan
dihindarkan dari azab dan seksaan api neraka. Abu Hurairah pernah berkata: “Rasulullah SAW
berwasiat kepadaku tiga perkara agar jangan ditinggalkan puasa tiga hari tiap
bulan, dua raka’at Dhuha dan Witir sebelum tidur.”
3) Solat Sunat Tahajud
Untuk
menjadi seorang peniaga @ usahawan yang mendapat keberkatan dalam hidup..amalan
solat sunat Tahajud mestilah dilakukan pada setiap malam tanpa gagal...Dalam menjalankan
bisnes..terdapat pelbagai cabaran dan dugaan..Jadi..ambillah peluang untuk
berkomunikasi dengan Allah dengan mengadu padaNya di akhir sepertiga malam
kerana hanya Allah sahaja tempat kita meminta hajat dan memohon pertolongan..
Di
antara kelebihan solat sunat Tahajud adalah hati akan menjadi lebih tenang..
doa dan hajat dimakbulkan..mendapat pertolongan dan rahmat Allah..mendapat ketenangan
hati..mencegah melakukan dosa..mengubati penyakit dan lain-lain..
Rasulullah SAW bersabda,
“Setiap malam Allah Ta’ala turun ke langit dunia, ketika datang sepertiga malam
terakhir, lalu Allah berfirman, “Barang siapa yang berdoa kepada-Ku akan Aku
kabulkan, siapa yang meminta kepada-Ku, Aku berikan, siapa yang memohon ampun
kepada-Ku Aku ampuni”. (Hadis Riwayat Bukhari Muslim)
4) Banyakkan
Istighfar.
Selepas
solat..luangkan sedikit masa untuk biasakan diri beristighfar kerana dengan
istighfar..semoga Allah mengampunkan dosa-dosa yang menjadi penghalang rezeki
sampai kepada kita.
Dalam
satu riwayat dikatakan datang seseorang kepada Imam Hasan al-Basri r.a. mengadu
tentang tanahnya yang tidak subur lalu jawab Hasan al-Basri, "BERISTIGHFARLAH".
Datang
pula yang ain mengadu kemiskinan, jawab beliau 'BERISTIGHFARLAH"
Datang
pula yang lain minta agar doanya direzekikan seorang anak, jawb beliau.
"BERISTIGHFARLAH"
Lalu di tanya mengapa semua jawapannya sama sedangkan persoalan yang berbeza...Kata
Imam Hasan al Basri, "Ini bukan pendapatku, ini Nabi Nuh a.s yang
sebut.."
5) Zikir Ya
Wahab
Ya
Wahab bermakna Allah Maha Memberi..Selalulah basahkan mulut dengan zikir ini ketika
lepas solat..kemas rumah..memasak atau pun ketika bersantai. Ini adalah zikir
ajaib buat kita umat islam..Memuji Allah sesungguhnya membuka pintu rezeki kita
lebih luas...
6) Surah Al-Waqiah
Amalkan
bacaan surah Al-Waqiah terutama sekali pada setiap malam Jumaat ataupun paling
baik pada setiap malam. Dr Harun Din juga menyarankan bacaan surah ini setiap
malam jumaat..InshaaAllah pintu rezeki dibuka lebih luas untuk kita semua..
7) Berbuat Baik
Pada Ibubapa
Syurga
itu di bawah tapak kaki ibu. Jadi kalau nak syurga dan mahu hidup senang dan
tenang..Makanya kenalah jaga hubungan dengan ibubapa kita ini. Jika ada impian
atau target..cuba bagitahu pada ibu kita dan minta restu serta doanya..InshaaAllah
berkat rezeki kita peroleh nanti..
8) Bersedekah
Lebih
banyak kita memberi..maka lebih banyak kita akan dapat. Itu janji Allah
pada orang yang ikhlas memberi kerana Allah.
9) Usaha,
Usaha, Usaha
Ya
usaha! Tawakal tanpa usaha ibarat tanam pokok tanpa menyiram air padanya...Kita
kurniakan oleh Allah lengkap anggota badan dan otak yang pintar..maka gunakanlah
kudrat yang ada untuk berusaha hingga tercapai apa yang dihajati...Dan
seeloknya berpagi-pagilah dalam berkerja...Maksudnya bangun dan keluarlah
mencari rezeki pada awal pagi.
Jujurnya
saya juga masih lagi menjaga point-point di atas dan cuba istiqamah sebaik mungkin..kerana saya
percaya jika kita jaga hubungan dengan Allah..maka Allah akan menjaga dan membantu
memudahkan2 segala urusan kita..inshaaAllah
Pengedar Shaklee Anda
SMS | Call : 019-8769412
Shaklee ID : 949800
FB Page : Mamaanisshop
Email : salmiah80@gmail.com
KLIK UNTUK BACA JUGA