Tips Mengatasi Sakit Bengkak Susu
Pernah tak para ibu mengalami bengkak susu atau payudara sakit dan bengkak. Biasanya ia berlaku ketika minggu pertama selepas bersalin..Bengkak susu adalah cabaran yang paling besar sepanjang tempoh penyusuan..Tidak dinafikan bengkak susu sememangnya sangat sakit..ada yang sampai demam-demam..bertambah teruk lagi jika dah dijangkiti kuman..Hari ini saya nak berkongsi dengan anda semua beberapa Tips Mengatasi Sakit Bengkak Susu..
Sebelum tu kita lihat dahulu antara punca berlakunya bengkak susu..
7 Punca
Berlaku Bengkak Susu
1) Lambat memulakan penyusuan
kali pertama (Late on set on breastfeeding)
Lambat memulakan penyusuan
selepas bersalin boleh menyebabkan cecair dalam badan terkumpul di kawasan
payudara, sekaligus menyebabkan kesukaran kepada bayi untuk menyusu apabila
keadaan payudara membengkak.
2) Lekapan yang tidak betul..(Poor
latch)
Lekapan yang tidak betul akan
menyebabkan susu tidak dapat dikeluarkan dengan efektif dari payudara. Ini juga
menjadi penyebab kepada masalah luka pada payudara dan bayi tidak cukup susu.
3) Penyusuan / pemerahan yang
tidak kerap. (Inadequate feeding/pumping).
Penyusuan yang tidak kerap
menyebabkan payudara tidak dikosongkan dengan kerap dan pada waktu yang sesuai
maka susu ibu tidak keluar dengan lancar. Jarak masa antara sesi memerah yang
terlalu lama juga berpotensi menyebabkan saluran susu tersumbat. Sesi memerah
paling sesuai untuk memastikan kelancaran aliran susu dan mengelakkan bengkak
susu adalah setiap 2-3 jam sekali.
4) Penyusuan berjadual.
(Scheduled feeding)
Penyusuan berjadual boleh
menyebabkan bengkak susu dimana bayi menyusu mengikut jam yang ditetapkan,
iaitu pada waktu-waktu tertentu. Sebetulnya, bayi perlu menyusu mengikut
signal-signal yang diberikan oleh bayi sendiri, seperti apabila tidur bayi mula
terganggu, bayi mula mengecap-ngecap dan menghisap bibir/jari. Menangis adalah
tanda paling akhir.
Apabila bersama bayi, amalkan
penyusuan on demand iaitu mengikut tanda-tanda yang ditunjukkan bayi, bukannya
melihat kepada jam. (Watch the baby, not the clock).
5) Menetapkan masa menyusu di
setiap belah payudara. (5 or 10 minutes rules on each breast)..
Bayi sepatutnya
menyusu di sebelah payudara sahaja sehingga dia melepaskan sendiri payudara
itu. Selepas itu, barulah ibu susukan bayi di sebelah payudara lagi. Kerap
menukar payudara (switch sides) semasa menyusu menyebabkan susu tidak dapat dikeluarkan
sepenuhnya dari setiap belah payudara. Ini boleh menyebabkan masalah bengkak
susu. Ia juga menjadi sebab bayi tidak menerima kandungan lemak dalam susu
(hindmilk) yang cukup.
6) Tertinggal sesi memerah. (Skip
pumping session)
Bagi ibu yang mempunyai jadual
kerja yang terlalu padat, sesekali anda pernah tertinggal sesi memerah kerana
batasan tugas dan waktu di office. Perkara ini boleh menyebabkan masalah
bengkak susu.
Secara fitrah, badan ibu sudah
ada rutin penghasilan dan pengeluaran susu mengikut demand bayi (sekerap 1-2
jam sekali dan mengikut jadual memerah yang tetap). Pada waktu itu, badan akan
mula menghantar signal seperti payudara rasa berdenyut-denyut atau susu
mengalir keluar (leaking) kesan dari hormon oksitosin dan otot payudara yang
mula mengecut untuk mengeluarkan susu. Jika sesi memerah tidak dilakukan,
saluran susu akan mula membengkak dan tersumbat.
7) Pam susu. (Breast pump).
Penggunaan pam yang tidak sesuai
terutamanya jika saiz corong pam terlalu kecil dengan puting ibu boleh
menyebabkan susu tak dapat keluar dengan baik dari payudara. Salah satu tanda
nak tahu anda menggunakan saiz corong yang salah adalah, setiap kali memerah
anda rasa sakit atau pedih pada puting susu. Jika berlaku begini, gunakan corong
pam yang lebih besar.
Contoh: Medela Freestyle ada 3
saiz corong. Saiz M (24mm) default size, extra shield yang diberi bersaiz L
(27mm). Saiz yang lebih besar adalah XL (30mm). Tukar ke saiz yang lebih besar
jika perlu. Sewaktu memerah, anda sepatutnya tidak merasa sakit dan pedih pada
bahagian nipple.
Keadaan pam susu atau bahagian
tertentu pada pam susu yang sudah rosak (breast pumps / parts malfunction) juga
boleh menyebabkan kadar sedutan pada pam tidak mencukupi untuk mengeluarkan
susu dengan efektif. Periksa semula bahagian-bahagian pada pam susu untuk
memastikan ia dalam keadaan yang baik sebelum memerah.
Bagi ibu-ibu yang menyusukan bayi
tentu pernah sekurang-kurangnya sekali mengalami masalah ini. Hanya mereka yang
pernah mengalaminya sahaja tahu kesakitan yang perlu ditanggung.
Biasanya apabila sudah terjadi
bengkak susu, cara mengepam payudara tidak dapat menyelesaikan masalah.
Seolah-olah saluran susu itu tersumbat hingga menyebabkan susu yang dipam tidak
keluar. Hanya hisapan secara langsung daripada bayi sahaja dapat menghilangkan
masalah bengkak susu.
Ingatlah bahawa payu dara bengkak
adalah tanda yang positif, iaitu anda sedang menghasilkan susu untuk bayi anda.
Masalah bengkak susu disebabkan oleh hormon lacta (hormone susu) banyak
dihasilkan pada waktu tengah malam hingga ke subuh.
Antara Tanda-Tanda Payudara Membengkak
1) Sakit pada payudara
2) Bengkak yang panas
3) Kulit payudara tegang dan berkilat
4) Payudara keras dan terasa ada ketulan
5) Puting tenggelam ke dalam
6) Bayi sukar melekap di payudara
Jika ada tanda-tanda seperti di atas..tandanya payudara anda sudah bengkak.
Di sini saya kongsikan beberapa tips untuk atasi sakit bengkak susu..
1) Tuam sejuk dan panas
Langkah pertama legakan kesakitan dangan lakukan tuam
sejuk dahulu. Iaitu dengan balut ais atau guna ice pack dengan
tuala basah dan tuamkan di sekitar payudara. Tujuannya ialah untuk meredakan
kulit payudara kebas dan kesakitan. Selepas itu, buat pula tuaman panas. Ambil
tuala yang direndam air suam panas dan tuamkan sekeliling payudara. Tuam
payudara daripada atas dada ke arah puting, buat putaran ke semua arah. Ini
supaya saluran susu akan mengembang kerana kepanasan tuala tadi dan ianya dapat
melancarkan semula saluran susu yang tersumbat.
2) Urutan di sekitar puting
Gunakan ibu jari dan jari telunjuk anda, main-mainkan
disekitar kawasan puting, tekan puting ke dalam secara perlahan dan tarik
puting perlahan. Kemudian, gunakan jari anda dan buat urutan di sekitar
keliling payudara. Urutkan daripada atas dada ke arah puting, buat putaran ke
semua arah. Tepuk-tepuk bahagian tersebut secara perlahan. Buat berulang kali
sehingga payudara terasa lembut.
3) Memerah susu
Selepas payudara dan puting anda menjadi lembut,
barulah anda boleh memerah susu. Jangan sesekali terus pam payudara yang sedang
keras membengkak itu. Seeloknya mulakan dengan 2 cara di atas dahulu, kemudian
baru mula memerah.
Anda boleh memerah menggunakan tangan atau pam. Paling
efektif ialah perahan menggunakan tangan. Jika anda menggunakan pam, pastikan
level pam adalah rendah dan perlahan.
4) Susukan Bayi Secara Kerap
Setelah payudara sudah hilang sakitnya serta semakin
lembut lepas anda amalkan tips di atas, maka susukanlah bayi anda dengan kerap.
Ketika bayi menghisap, rajin-rajinkan buat urutan payudara mula daripada atas
payudara turun ke puting. Ini dapat melancarkan lagi aliran susu, supaya lebih
banyak lemak susu yang terperangkap itu dapat dielakkan..
5) Meletakkan kobis
Mengikut petua orang lama-lama, anda boleh juga
letakkan kobis di payudara . Basuh kepingan kobis dan letakkan selama 15 minit
sehingga bengkak itu surut dan lega. Tetapi, tidak boleh terlalu kerap. Ini
kerana, kajian membuktikkan kobis mampu mengurangkan penghasilan susu secara
perlahan-lahan. Boleh sahaja untuk guna sekali sekala, cuma tidak digalakkan
setiap hari dan setiap masa.
6) Pengambilan Vitamin Shaklee iaitu Lecithin.
Menurut Doktor Jack Newman..lecithin membantu mengatasi dan menghalang pengulangan duktus susu tersumbat mungkin kerana Lecithin mengurangkan kelikatan susu, dengan cara mengurangkan peratusan asid lemak politaktepu di dalam susu..
Menurut Doktor Jack Newman..lecithin membantu mengatasi dan menghalang pengulangan duktus susu tersumbat mungkin kerana Lecithin mengurangkan kelikatan susu, dengan cara mengurangkan peratusan asid lemak politaktepu di dalam susu..
Kandungan
bagi sebiji kapsul Lecithin Shaklee ialah 520mg. Dos Lecithin yang
disarankan untuk ibu yang mengalami bengkak susu pula ialah sebanyak 3600mg – 4800mg sehari.
Jadi,
ibu-ibu boleh mengambil Lecithin dalam
jumlah 7 – 9 biji setiap hari. Teruskan pengambilan tersebut sehingga masalah bengkak susu tadi
hilang.
Apabila
masalah bengkak susu telah dapat diatasi, ibu boleh mengurangkan
pengambilan Lecithin kepada
6 biji sehari.
Amalkan
makan secara konsisten untuk kesihatan tubuh badan, mendapatkan bentuk badan
ideal dan juga untuk menguatkan daya ingatan ibu.
Ini
sangat bagus kerana ada ibu yang mengadu mudah lupa dan sukar mengingat
terutama semasa dalam pantang. Jangan risau, Lecithin ini selamat dimakan
walaupun ibu dalam pantang.
Khasiat
Lecithin Untuk Ibu Menyusu
1) Mengurangkan
risiko berlaku bengkak susu dengan mencegah duktus susu tersumbat
2) Membantu
memecahkan lemak yang berlebihan kepada titisan kecil dalam badan
ibu…Pengambilan dengan Alfalfa Shaklee akan membantu anda kurangkan berat badan
3) Menyumbang
kepada memori yang lebih kuat untuk ibu…Biasanya anda akan mudah lupa selepas
bersalin
4) Memberikan
khasiat Lecithin secara tidak langsung kepada bayi melalui susu ibu…bagus untuk
pekembangan bayi..
Boleh hubungi saya terus untuk order dan sebarang pertanyaan..
Pengedar Shaklee Anda
SMS | Call : 019-8769412
Shaklee ID : 949800
FB Page : Mamaanisshop
Email : salmiah80@gmail.com
ORDER VITAMIN SHAKLEE KLIK DI BAWAH
KLIK UNTUK BACA JUGA
ORDER VITAMIN SHAKLEE KLIK DI BAWAH
KLIK UNTUK BACA JUGA