Persediaan Ibu Menyusu Menjelang Bulan Ramadhan
Tak lama lagi dah Ramadhan akan menjelang tiba..dalam keterujaan nak jalankan salah satu Rukun Islam ni terbit juga kerisauan terutama di hati ibu-ibu menyusu..betul tak..? Risau bekalan susu untuk si anak mencukupi atau tidak..Tapi jangan risau..Sudah pasti Allah tidak membebankan hambaNya jika tidak mampu..
Ada sedikit rukhsah (atau kelonggaran) mengikut
situasi..Bukanlah membawa maksud jika menyusukan anak dapat pas hijau
untuk tidak berpuasa..Ia adalah salah sama sekali..jadi..hari ini saya ingin berkongsi sedikit tentang Persediaan Ibu Menyusu Menjelang Bulan Ramadhan..semoga bermanfaat untuk ibu-ibu menyusu di luar sana..
Adakah Berpuasa Membahayakan Anak?
Tentu sekali tidak..Walaupun
ada mitos mengatakan jika kita kurang makan dan minum..badan akan menghasilkan
lebih toksik yang dipercayai sedikit sebanyak menganggu perut anak..ia adalah
tidak betul.
Anak juga mempunyai daya
ketahanannya sendiri. Sebab itu, ibu menyusu dicadangkan mengambil makanan
rendah GI (Glisemik
Indeks) bagi mengawal tenaga yang dilepaskan secara
perlahan-lahan..
GI adalah unit pengiraan bagi kesan
karbohidrat pada tahap gula di dalam darah. Makanan rendah GI mengurai
karbohidrat lebih lambat dan melepaskan glukosa di dalam darah secara
beransur-ansur..Sekaligus melambatkan perut merasa lapar.
Walaubagaimanapun..ibu
menyusu lebih cepat dehidrasi berbanding ibu lain. Ibu menyusu akan lebih cepat
berasa haus..Ia dapat dikesan melalui:
1) Air kencing berwarna
keruh dan berbau kuat
2) Berasa hendak pitam dan
lesu
3) Mula merasa sakit kepala
Jika ada tanda-tanda
diatas..ibu digalakkan berbuka puasa. Minum air secukupnya (lebih baik
memilih air elektrolit) supaya cecair di dalam badan menjadi seimbang dan
berehatlah..Jika selepas setengah jam perkara di atas tidak berkurang, boleh ke
klinik dan dapatkan nasihat doktor.
Apa Persediaan Ibu Menyusu Menjelang Bulan
Ramadhan?
1) Membuat stok EBM
Ibu bekerjaya mungkin dah
biasa simpan stok..tapi buat surirumah tak salah sediakan juga stok EBM di
rumah. Ditakuti pengeluaran susu menyusut di siang hari.. jadi dapatlah stok
EBM membantu menampung keperluan susu anak.
2) Amalkan Makan Kurma
Semasa Sahur
Seperti sunnah Rasulullah..sahur
dengan 3 biji kurma. Kurma adalah sumber tenaga segera yang
mengandungi pelbagai nutrien penting yang membantu ibu menyusu kekal
bertenaga..
3) Makan 3x sehari
Sahur dan berbuka adalah
wajib dan ibu menyusu boleh tambah lagi satu waktu makan iaitu makan sebelum
tidur. Keperluan kalori yang cukup bantu ibu mengekalkan penghasilan susu.
Jika takut gemuk, ambillah makanan dalam jumlah yang sedikit tapi kerap.
4) Amalkan Diet Seimbang
Seperti di bulan biasa,
nutrien yang seimbang akan menghasilkan susu yang berkualiti. Jadi seeloknya
ibu menyusu mengambil berat pada makanan yang berkhasiat, bukan hanya mengikut
selera tekak. hehe. Kerana apa yang ibu makan, indirectly anak pun akan dapat sama.
Baca Juga : Set Berpuasa Untuk Ibu Menyusu
Bagi keperluan menyeluruh,
boleh ambil Vitamin Untuk Ibu Menyusu bagi menampung lompong-lompong
makanan yang kurang berkhasiat sambil memastikan susu badan kekal
meriah dan pekat.
5) Pengambilan air 2-3
liter sehari
Penghasilan susu memerlukan
air. Jadi ibu menyusu wajib kekal minum 2-3 liter air sehari. Masa minum
mungkin agak terhad, sebaiknya ibu sediakan botol yang mudah dibawa kemana
sahaja. Boleh minum antara waktu solat terawih dan sebagainya.
6) Bertenang dan berfikiran
positif
Jangan lupa..mindset pun
sangat mempengaruhi penghasilan susu. Ia melibatkan 2 hormon iaitu Oksitosin
dan Prolaktin. Secara umumnya, hisapan bayi/pump menghasilan
hormon Prolaktin yang membuatkan kelenjar susu menghasilkan
susu. Oksitoson pula menyebabkan otot payudara mengecut
dan mengeluarkan susu.
Tenang dan jangan terlalu
stress, buat seperti biasa dan fikirkan ada rezeki untuk anak..InshaaAllah..Semoga
kesemua tips ini membantu ibu menyusu berpuasa dengan lebih bertenaga dan
ceria..
Boleh hubungi saya terus untuk order dan sebarang pertanyaan..
Pengedar Shaklee Anda
SMS | Call : 019-8769412
Shaklee ID : 949800
FB Page : Mamaanisshop
Email : salmiah80@gmail.com
ORDER VITAMIN SHAKLEE KLIK DI BAWAH
KLIK UNTUK BACA JUGA
ORDER VITAMIN SHAKLEE KLIK DI BAWAH
KLIK UNTUK BACA JUGA