Tips Menjalankan Perniagaan Secara Online Di Facebook

23:54 0 Comments A+ a-

Nak tahu tak Tips Menjalankan Perniagaan Secara Online Di Facebook.? Alhamdulillah tahun 2018 merupakan tahun ke 5 saya aktif sebagai pengedar shaklee yang aktif menjalankan perniagaan Shaklee Secara Online di Facebook..5 tahun lalu saya mengambil Shaklee hanya untuk anak-anak dan kesihatan diri terutamanya untuk penyusuan anak ketiga..Sepanjang 5 tahun berniaga secara online memang banyak asam garam yang ditempuhi  tapi dengan niat nak bantu lebih ramai orang untuk sihat melalui pemakanan produk kesihatan yang halal saya tetap teruskan usaha ini..


Bermula dari zero..saya memang tak tahu macam mana nak mula..tiada kepakaran dalam bab-bab berniaga nie..tapi saya ambil keputusan untuk terus aktif dalam bisnes Shaklee nie setelah berpuas hati dengan produk yang saya dan keluarga consume hingga sekarang..

Pada mulanya..saya buat sharing menggunakan medium yang paling ramai orang guna pada masa sekarang..iaitu Facebook..hari-hari saya  asyik share pasal produk shaklee..tentang bisnes shaklee di Facebook saya..seronok pulak rasanya bila kita share benda baik nie..berkongsi dengan kawan-kawan, keluarga tentang kebaikan produk shaklee..

Selain share di facebook..saya juga share di fanpage.. iaitu Mamaanis Vitaminshop..pada yang dah like tu..terima kasih banyak-banyak ya..yang belum like  sila-sila melawat dan bagi 1 Like..

Pada kawan-kawan  yang buat bisnes online menggunakan medium Facebook nie..saya suggest jugak untuk buat FB page nie..FB page nie macam kedai kitalah..kita share semua pasal bisnes..apa produk yang kita jual..kalau kita asyik share pasal bisnes kat FB personal..ada yang rimas nanti..asyik-asyik share bisnes je..lagipun Fb Page nie tiada had friendlist macam FB personal..

Ok..Saya nak kongsikan di sini dengan anda semua beberapa Tips dalam menjalankan Bisnes Secara Online nie..

Tips Menjalankan Perniagaan Secara Online Di Facebook

1) Ceritakan Pengalaman

Dalam FB Personal..kita seeloknya ceritakan pengalaman kita..contohnya setelah mengambil produk shaklee..apa yang kita alami atau effect atau testimoni  setelah mengambil produk..Inilah yang kita sebut ‘soft-selling’..kita jangan nampak sangat menjual over-over sangat atau orang sebut sebagai ‘hard-selling’..

Penting ye..sebab kalau kita terus ‘hard-selling’ akan menyebabkan robot FB tahu kita tengah menjual..engagement post kita tu dengan orang lain akan menjadi slow...orang lain seolah tak nampak post-post kita tu..rugikan..dah penat-penat tulis..tapi  prospek “tak nampak” apa yang kita post tu.

Kalau yang ada Fanpage..kena post selalu..baru nampak bisnes kita aktif..post la pasal testimonial..gambar aktiviti..stock..kongsi video @ tips-tips yang berkaitan dengan produk yang kita jual..

2) Gambar Yang Menarik

Bila kita buat bisnes online..gambar memainkan peranan yang penting..menarik minat prospek untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk yang kita jual tu..bila prospek Like dan komen kat post kita tu..mereka akan tarik engagement ke atas iklan yang kita post..Lagi satu..profil picture kita tu letak la gambar yang bersesuaian..gambar yang menarik..yang menunjukkan personal branding kita sebagai peniaga online..

3) Kerap Dan Konsisten Buat Posting @ Sharing

Waktu yang kita nak kena post iklan kita yang berunsur ‘soft-selling’ tu pada waktu yang sesuai..Peak hours. Dan semestinya kenalah kerap dan konsisten..Ada waktu-waktu yang sesuai untuk kita post panjang-panjang cerita kita..atau ada jugak waktu tertentu yang post kita cuma perlu pendek aje.

Sebolehnya kita plan apa yang kita nak fokus..dan post pada esok hari nya tu..Plan dan tulis siap-siap bagi yang bekerja atau suri rumah pun boleh buat macam ni.

Kalau takde masa nak post selalu..seeloknya gunakan schedule apps seperti BUFFER..Kalau guna FB personal..share la pasal bisnes dalam 10 kali sehari..2 jam 1 post ke..selang seli kan dengan tips2 ke..tazkirah ke..yang positive ye..

4) Jangan Suka Marah-Marah Di Facebook

Bila kita buat posting kat FB..seeloknya buat post-post yang banyak memberi manfaat dengan kata-kata yang baik..bersemangat..prospek tengok pun suka dan nak follow kita..lama-lama inshaaAllah menjadi potential prospek produk yang kita jual..Jangan asyik post membawang.. perkara yang selalu mentor kami pesan jangan "meroyan" kat FB...Kita just share benda-benda yang baik..positif..kalau boleh elakkan share benda-benda yang negatif ok..

5) Banyakkan Friendlist

Friendlist memainkan peranan yang penting..Sekurang-kurangnya add lah 5000 potential prospek dalam friendlist kita..kebaikannya lebih ramai friendlist..lebih ramai dapat lihat post kita.. jadi lebih ramai potential prospek dan customer kita.

6) Call to Action

Yg last sekali..jangan lupa "Call To Action"..Orang dok sebut  “CTA” ini lah maksudnya.. Call-To-Action.
kita dah cerita macam-macam pasal pengalaman kita..pasal produk yang kita ambik..seeloknya kita ajaklah orang lain untuk memberi respon Contohnya?  “ korang berminat tak dengan produk yang akk ambil nie..boleh contact no di bawah..Letak la nombor untuk dihubungi..kalau tak letak..macam mana customer nak contact..nak order barang..

Ok..itu saja untuk perkongsian hari ini..terima kasih sebab baca sampai habis..semoga terus sukses dalam bisnes online sahabat-sahabat semua..

Kalau ada kwn2 yg tengah mencari suplemen utk seisi keluarga..boleh la contact saya..Untuk ibu-ibu surirumah sepenuh masa..amat saya galakkan untuk join bisnes online shaklee..Sekurang-kurangnya..sambil menjaga anak di rumah..ada pendapatan sendiri dan dapat membantu tambah income keluarg..Masih belum terlambat bagi mereka yang ingin menjalankan perniagaan Shaklee secara online sekarang..


Jom kita sama-sama untung inshaaAllah berganda-ganda hanya dengan Modal Yang Rendah..Langkah seterusnya..Hubungilah saya untuk daftar ahli shaklee & InshaAllah saya akan membantu ANDA untuk mulakan bisnes Shaklee..


Kalau anda berminat untuk menyertai team saya..
Boleh hubungi saya terus untuk Mendaftar Sebagai 
Ahli Shaklee dan juga sebarang pertanyaan..



SMS | Call : 019-8769412
Shaklee ID : 949800
FB Page : Mamaanisshop

 Email : salmiah80@gmail.com

KLIK DI BAWAH UNTUK MENDAFTAR AHLI SHAKLEE





KLIK UNTUK BACA JUGA